Tan Sri Dr. Rais(tengah) bersama pihak pengurusan melihat kesan kebakaran yang berlaku. |
Oleh Roslan Rusly
foto// Roslan Rusly
Gombak, 27 Jun (UIAM) – Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Rais Yatim yang juga Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaanhari ini meluangkan masa lebih kurang satu jam melawat kesan kejadian kebakaran yang berlaku semalam(26 Jun) di Pusat Asasi UIAM, Kampus Petaling Jaya.
Kebakaran yang berlaku hanya
melibatkan sebuah bilik stor di asrama lelaki Mahallah Abu Bakar yang
menempatkan tilam-tilam dan beberapa perabot lama yang tidak boleh digunakan
lagi.
Dalam lawatan tersebut, Rais juga turut melihat sendiri kemusnahan yang berlaku serta turut mengambil kesempatan berjumpa dengan beberapa pelajar di Mahallah tersebut.
Ketika di temui, Rais berkata, “kerja-kerja pembersihan dan pembaikan akan dijalankan dengan segera serta pihak pengurusan Universiti juga akan memastikan keselamatan para pelajar khususnya dan warga kampus secara keseluruhannya adalah menjadi keutamaan.”
Kejadian kebakaran yang berlaku semalam melibatkan bilik stor aras satu sahaja dan buat masa ini, penghuni asrama berkenaan tidak dipindahkan ke bangunan lain kerana insiden tersebut tidak menjejaskan bilik penginapan pelajar kecuali mereka yang tinggal di tingkat satu yang akan dipindahkan ke tingkat atas.
"Ibu-bapa tidak perlu risau dengan keadaan anak-anak mereka kerana
pihak Universiti sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan yakin bangunan
berkenaan masih selamat untuk didiami," ujarnya lagi.
Turut menyertai lawatan tersebut adalah pihak pengurusan Pusat Asasi UIAM
serta para pegawai untuk melihat kesan kemusnahan yang berlaku.
###
Utusan Malaysia 28 Jun 2014 |
No comments:
Post a Comment