Sebahagian daripada kumpulan kadet senior bergambar bersama tetamu khas yang hadir. |
oleh Roslan Rusly
foto// Roslan Rusly
Seramai 291
orang Pegawai Kadet Pasukan PALAPES Darat yang terdiri daripada para pelajar
dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan Universiti Malaya
menjalani Latihan Tahunan Pegawai Muda PALAPES Darat yang berlangsung di Kuala
Lipis, Pahang baru-baru ini.
Pegawai Kadet bersemangat untuk melancarkan serangan. |
Latihan tahunan ini berlangsung selama 11 hari yang
diadakan di Kem 8, Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) Kuala Lipis Pahang.
Sepanjang latihan Pegawai Kadet akan didedahkan dengan pelbagai Ilmu
ketenteraan dan disiplin. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Pegawai
Kadet Pangkat Dua dan Tiga.Pegawai Kadet berpangkat dua adalah mereka yang junior
manakala Pegawai Kadet Pangkat tiga adalah mereka yang senior.
Antara objektif penganjuran latihan tahunan ini
adalah untuk memberikan pendedahan tentang konsep peperangan konvensional,
memupuk semangat setiakawan, membina ketahanan mental dan membentuk disiplin,
menguji dan menilai tahap asas ketenteraan dan dapat memberikan pendedahan
tentang tugas-tugas yang sebenar jika berlaku peperangan.
Modul latihan ini dibahagikan kepada dua iaitu Fasa
Medan(hutan) dan Fasa Kem. Fasa Kem
mereka akan menjalani latihan seperti kawad kaki dan kawad senjata, membaca
peta, latihan senjata dan mereka akan menduduki
ujian bertulis. Manakala untuk Fasa Medan pula mereka akan ditempatkan di Ladang
Kelapa Sawit Felda Kechau 8, Kuala Lipis untuk menjalani latihan hutan. Pegawai
Kadet intermediate akan menjalani latihan offensive iaitu mara
dan serang manakala Pegawai Kadet Senior akan melalui fasa defensive
iaitu pertahanan dan pengunduran.
Timbalan Rektor(Hal Ehwal Pelajar)UIAM hadir. |
Timbalan
Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Mejar (K) Prof. Dato’ Dr. Mizan Hitam dan
Timbalan Komandan UM Mejar Dr. Abdul Halim Mokhtar turut hadir bagi memberikan
semangat serta memantau perlajanan sepanjang latihan berlangsung. Mejar Azali Jaya bertindak sebagai Ketua
Jurulatih untuk sepanjang perjalanan latihan tahunan ini.
Menurut
Dato’ Dr. Mizan dengan adanya latihan sebegini ia sedikit sebanyak membantu
pelajar untuk membentuk sahsiah diri yang mantap dan berdisiplin. Ia juga
adalah salah satu cara untuk melahirkan rasa cinta kita kepada negara.
“Latihan
ini dapat membantu untuk membentuk disiplin para pelajar, jika mereka pulang ke
kampus dapat menerapkan nilai disiplin kepada rakan-rakan sekuliah manakala
jika mereka tamat belajar kelak pegawai yang terlatih ini dapat berbakti kepada
masyarakat, keluarga serta kepada negara”. katanya.
Hari
terakhir latihan tahunan ini diadakan satu pertempuran diantara Pegawai Kadet Intermidiate
dan Pegawai Kadet Senior. Pertempuran ini adalah sebagai medan
pertempuran yang terakhir mereka untuk menggunakan segala kecekapan serta
segala kemahiran yang telah mereka pelajari
sepanjang latihan tahunan ini berlangsung.
No comments:
Post a Comment