Para Peserta bergambar sebagai tanda kenangan |
foto// ihsan CENSERVE
Kelab Titian
Wahyu di bawah naungan Pusat tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE),
Universiti islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) telah mengadakan program kemanusiaan antarabangsa
bertempat di Sri Lanka. Program yang diberi nama Misi Kemanusiaan Antarabansga
Untuk Masyarakat Melayu di Sri Lanka ini mendapat sokongan penuh Timbalan
Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Prof. Datuk Dr. Mizan bin Hitam baru-baru ini.
Program ini merupakan salah satu agenda di
dalam projek IIUM World Serving Team di mana projek ini mengutamakan peluang
mahasiswa UIAM untuk meraih pengalaman menganjurkan program kemanusiaan di
peringkat global. Seramai 22 orang warga UIAM yang terdiri daripada 18 orang
pelajar dan empat pegawai turut menyertai misi ini. Mereka juga turut
mengadakan lawatan ke perkampungan Melayu di Colombo, Wattala, Hambantota dan Pottuwil.
Tujuan utama misi ini dijalankan di Sri
Lanka adalah supaya para mahasiswa dapat mengenali dan memahami keadaan
masyarakat Melayu di Sri Lanka. mereka juga mengenali bagaimana budaya dan cara
hidup masyarakat melayu di Sri. Disamping pendedahan dan pengalaman baru, para
pelajar juga berkongsi pengetahuan
mereka dengan mengadakan lawatan ke universiti, sekolah serta kolej di sana.
Peserta juga turut mengunjungi
sebuah Rumah Anak Yatim di daerah Kolonnawa dan mereka berkesempatan untuk
mendekati golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menghulurkan bantuan berupa
makanan serta pakaian hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Program ini
memberikan kesedaran yang tinggi kepada para pelajar UIAM. Dengan melihat keadaan
semasa di sana, pelbagai jenis bantuan harus disalurkan, terutamanya dalam
bidang pendidikan. Bahasa Melayu di sana semakin tidak ditutur oleh kebanyakan
masyarakat melayu. Penduduk di sana juga mempunyai harapan yang sama, iaitu
ingin melihat bangsa Melayu berjaya di mana sahaja mereka berada.
Mereka juga berharap agar Malaysia amnya, UIAM
khususnya agar datang sekali lagi, dan banyak mengaturkan program untuk
memperkemaskan bahasa Melayu dan mengajar anak-anak muda mereka agar pandai
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu.
Peserta juga
turut pergi ke beberapa sekolah dan turut pihak sekolah juga turut mengadakan
perbincangan dengan peserta dalam sesi perkongsian idea dalam bidang pendidikan
dan projek kerjasama untuk jangka panjang.
Menurut Mohd Khairulzain Abdul
Rahman, Penolong Pengarah Kanan CENSERVE ketika di temui
beliau berkata, “program ini bukan hanya tertumpu kepada lawatan sahaja.
Para pelajar juga bekerjasama dengan beberapa buah sekolah di Hambantota dalam
misi mereka mengajar teknik membaca al-Quran yang lebih dikenali sebagai teknik
‘al-Baghdadi’”.
Masyarakat
Melayu di sana cukup unik. Para sukarelawan disambut dengan cukup meriah oleh
penduduk setempat semasa mereka mengadakan lawatan dari rumah ke rumah bagi
mengenali masyarakat Melayu Sri Lanka.
Mereka juga
dijamu dengan pelbagai aneka makanan tempatan dan menariknya, penduduk di
beberapa kampung berupaya untuk bertutur dalam bahasa Melayu walaupun ada
perbezaan dari sudut tatabahasa dan susunan ayat. Perkatan seperti, merah,
biru, hijau, pisang, rambutan, durian, makan masih kedengaran dengan jelas
manakala ada juga yang menggunakan bahasa melayu berdialek Sabah atas sebab
keturunan. Paling ketara, mereka banyak menggunakan tatabahasa Indonesia dan
selebihnya adalah bahasa Melayu Malaysia.
“Saya rasa, ini peluang baik bagi kami
yang menaung projek IIUM World Serving Team, kerana pada masa akan datang kita
bakal melihat para pelajar UIAM boleh menjadi sukarelawan untuk mengajar
dibeberapa buah sekolah untuk jangka masa tertentu dan dalam masa yang sama
sekolah juga boleh mengadakan siri lawatan ke UIAM untuk tujuan pendedahan,”
ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment