PELAJAR
UIAM TERIMA BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
Pelajar UIAM menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang mula diedarkan baru-baru ini.[foto ; NorAzman Shah] |
oleh Roslan Rusly
Pelajar-pelajar UIAM yang
berada di Kampus Gombak, Kuantan, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seramai 26,294
orang layak menerima
Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai RM250 seorang pada tahun ini.
Menteri Mentor UIAM, Mejar (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri turut hadir menyerahkan baucar buku tersebut kepada para pelajar UIAM baru-baru ini.
Pada tahun 2012, seramai
24,326 pelajar UIAM telah menerima baucar buku yang berjumlah RM200 seorang.
Untuk tahun ini kerajaan menaikkan lagi jumlah tersebut kepada RM250 seorang.
Dalam ucapan Rektor UIAM,
Ybhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Zaleha Kamaruddin berkata; ‘dengan adanya bantuan sebegini,
ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelajar yang pada masa
sekarang harga barang-barang keperluan pembelajaran semakin mahal’.
Rektor UIAM juga
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B. Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul
Razak kerana keperihatinan tentang kebajikan para pelajar di institusi
pengajian tinggi dan kesudian beliau memberi peruntukan tambahan sebanyak RM50 kepada setiap pelajar
pada tahun ini.
Bantuan Baucar Buku
1Malaysia telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan semasa pembentangan belanjawan 2013 pada 28 september 2012 di
Parlimen. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM325 juta bagi melaksanakan inisiatif
pemberian baucar buku berjumlah RM250 kepada setiap pelajar.
No comments:
Post a Comment