Oleh Roslan Rusly
Pasukan Debat
Bahasa Inggeris Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia(UIAM) sekali lagi telah mengharumkan nama negara apabila
mereka menjadi juara Kategori “English as Second Language”(ESL) dalam
Australasian Intervarsity Debating Championship yang berlangsung di UiTM, Shah
Alam baru-baru ini.
Kejohanan
tersebut merupakan kejohanan debat kedua terbesar dunia. Seramai 124 pasukan
yang datang dari Australia, New Zealand dan Asia telah menyertai kejohanan kali ini. Wakil-wakil
dari universiti tempatan juga telah
mengambil bahagian memandangkan tahun ini giliran Malaysia menjadi tuan
rumah.
Tiga orang
pelajar yang mewakili UIAM iaitu Ameera Natasha Moore , pelajar tahun satu
jurusan undang-undang, Mubarrat Wassey, pelajar tahun satu jurusan ekonomi dan Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman, pelajar tahun dua jurusan undang-undang
Pada
pusingan final Kategori ESL, Pasukan UIAM menewaskan wakil dari University Hong Kong mengenai isu
pembunuhan seorang askar British, Lee Ribgy di London. Manakala, bagi Kategori Pendebat Terbaik
Keseluruhan disandang oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga wakil dari UIAM.
Ini bukan
kali pertama pasukan UIAM memperoleh
keputusan yang cemerlang, sebelum ini pasukan debat UIAM banyak memenangi
pertandingan debat peringkat antarabangsa. Untuk Rekod pasukan Debat UIAM
pernah menjadi juara dunia pada tahun 2007, Naib juara debat dunia pada 2010.
No comments:
Post a Comment