PELAJAR
UIAM RENTAS LAUTAN JALANKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI INDONESIA
oleh Roslan Rusly
foto ihsan censerve
Seramai
18 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mewakili Quranic
Youth Club (QYC)UIAM telah menjalankan program khidmat masyarakat di
Yogyakarta, Indonesia selama tujuh hari ke sebuah pesantren di Gunung Kidul
iaitu Madrasah Al-Hikmah,Yogyakarta
baru-baru ini. Madrasah Al-Hikmah menempatkan pelajar-pelajar
dalam lingkungan usia 12-17 tahun.
Penganjuran
program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan para pelajar serta guru-guru di madrasah
tersebut. Bukan itu sahaja, program ini sekali gus dapat mengeratkan lagi
hubungan di antara kedua-dua negara yang majoritinya adalah umat Islam.
Pelbagai
aktiviti diatur dan dijalankan antaranya ialah, bersama-sama bergotong-royong
membersihkan kawasan madrasah dan persekitarannya memandangkan kawasan tersebut
tidak teratur. Selain itu juga pelajar UIAM turut menyumbangkan beberapa buah
rak buku serta membaik pulih keadaan perpustakaan madrasah tersebut untuk
kegunaan para pelajar.
Selain
itu, pelajar UIAM turut menghadiahkan kepada pelajar madrasah tersebut beberapa
buah buku tulis serta kamus dan buku rujukan untuk kegunaan mereka dalam
meneruskan pembelajaran mereka. Para pelajar UIAM juga turut mengadakan sessi
ulangkaji bersama-sama pelajar madrasah tersebut.
Menurut Guru
Besar madrasah tersebut, Ustaz Harun Ar-Rasyid berkata; “ saya sangat gembira dengan kedatangan para pelajar UIAM yang datang
jauh beribu batu dan memilih madrasah kami untuk sama-sama membantu dalam
membentuk ummah yang terbaik”.
Walaupun
menempuh perjalanan yang jauh, namun semangat setiap peserta dapat dilihat
apabila mereka bersama-sama menjalankan aktiviti walaupun dalam keadaan yang
serba kekurangan.
Muhammad
Irfan bin Md.Nor selaku pengarah program berharap program yang dijalankan tidak
terhenti disini dan mungkin program ini akan menjadi program yang berterusan
dan dimasukkan didalam kalendar kelab.
“Semoga khidmat masyarakat ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara 2 buah negara. Sebagai saudara seislam,
sepatutnya kita membantu mereka untuk menuntut ilmu.” ujarnya
lagi.
No comments:
Post a Comment