KERJASAMA STRATEGIK UIAM DAN UAI
dari kiri Prof. Dr. AbdelAziz Berghout, Timbalan Rektor Pengantarabangsaan dan Hubungan Industri serta Komuniti bersalaman dengan Rektor UAI sebagai tanda termeterainya perjanjian |
oleh Roslan Rusly
Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia(UIAM) menjalinkan kerjasama strategik dengan Universitas
Al-Azhar Indonesia(UAI). Majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) ini
berlangsung di UIAM Kampus Gombak baru-baru ini.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
diwakili oleh Prof. Dr. AbdelAziz Berghout, Timbalan Rektor (Pengantarabangsaan
dan hubungan Industri serta Komuniti) manakala Universitas Al-Azhar Indonesia
diwakili oleh Prof. Dr. Ir. Muh. Zuhal, Rektor Universitas Al-Azhar Indonesia.
Kerjasama ini adalah untuk
mengukuh dan menguatkan lagi sistem akademik dan keberhasilan penyelidikan
dalam semua bidang. Ia juga adalah satu kerjasama yang membawa faedah kepada
bidang pendidikan, penyelidik dan juga bukan akademik.
Kedua-dua universiti ini
bersetuju untuk menjalankan beberapa program berkembar, pembangunan
kokurikulum, pertukaran pelajar serta kerjasama dalam mengadakan seminar,
workshop dan latihan.
UIAM dipilih sebagai rakan
strategik adalah kerana melihat kepada kemajuan serta pencapaiannya dalam semua
bidang yang boleh dibanggakan di dalam dunia Islam serta peringkat antarabangsa.
Ia juga dijadikan sebagai satu model yang boleh dijadikan ikutan dalam kemajuan
sistem pendidikan yang mempunyai nilai-nilai Islami.
Universitas Al-Azhar
Indonesia adalah sebuah Institut Pengajian Swasta yang ditubuhkan pada Ogos
tahun 2000 yang terletak di Kompleks Masjid Agung Al-Azhar, Jakarta Indonesia.