Prof. Dr. Mizan Hitam(tengah) bersama para pemain Pasukan Bola Sepak UIAM "IIUM Mustang" pada majlis penghargaan yang diadakan di UIAM Kampus Gombak |
Oleh Roslan Rusly
Timbalan
Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)
Ybhg. Prof Datuk Dr. Mizan Hitam hari ini hadir pada majlis penghargaan
untuk pasukan bola sepak UIAM di Kampus Gombak. Majlis
yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Sukan UIAM adalah untuk
menghargai dan meraikan para pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan
bola sepak.
Untuk
rekod Pasukan Bola Sepak UIAM iaitu Pasukan IIUM Mustang telah menjadi
Johan Divisyen tiga tahun 2014 pada kejohanan liga Institut Pengajian
Tinggi(IPT).
Pada
tahun 2015, pasukan ini juga telah menjadi Johan Divisyen dua dan tahun
hadapan pasukan bola sepak ini akan bermain untuk divisyen satu.
Selain
itu juga, pasukan bola sepak IIUM MUSTANG ini turut merangkul pingat
gangsa untuk Kejohanan Piala FA iaitu Liga IPT. Untuk Kejohanan Majlis
Sukan Universiti Malaysia(MASUM) pasukan bola sepak ini layak hingga ke
separuh akhir dan suku akhir untuk piala menteri pengajian tinggi.
Salah
seorang pemain daripada pasukan ini terpilih dalam mewakili Malaysia untuk
Kejohanan Bola Sepak MasThai di Chiang Mai yang akan berlangsung pada 18 hingga 22 september ini.
Prof.
Mizan ketika ditemui berkata beliau amat menghargai penat lelah yang
telah ditunjukkan oleh para pelajar dalam menaikkan lagi nama Universiti
dalam arena sukan.