Para sukarelawan bergambar bersama penduduk Kg.Puyu, Wilayah Satun, Selatan Thailand |
oleh Roslan Rusly
//foto; sumbangan Censerve
Seramai
45 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sultan
Abdul Halim bersama-sama menjalankan misi sukarelawan antarabangsa dengan
memilih Kampung Puyu, Wilayah Satun di Selatan Thailand, baru-baru ini.
Program
Global Ummatic Outreach ke Thailand ini adalah merupakan salah satu projek yang
terkandung dalam kalendar IIUM Serving the World Project dan ini juga merupakan
projek sulung untuk Kelab UMission di bawah naungan Pusat Khidmat Masyarakat
(CENSERVE) UIAM yang dijalankan di negara gajah putih itu.
Antara
objektif penganjuran program ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah diantara
warga universiti dan juga penduduk kawasan kampung tersebut. Selain itu juga,
ia adalah salah satu langkah UIAM untuk melebarkan lagi sayap program khidmat
masyarakat setelah berbakti di bumi Kemboja, Sri Lanka, Indonesia dan Vietnam.
Akikah dan Penyembelihan |
Banyak
aktiviti dijalankan yang sepanjang empat hari program berlangsung. Aktiviti
yang dijalankan turut mendapat penyertaan daripada seluruh penduduk kampung
yang rata-rata sangat mengalu-alukan kehadiran para sukarelawan ke kampung
mereka. Antara aktiviti yang dijalakan adalah Ibadah Aqiqah dan kenduri,
gotong-royong, acara sukan rakyat, aktiviti ziarah, pengagihan sumbangan
pakaian serta peralatan solat dan upacara berkhatan beramai-ramai dan juga
pemeriksaan kesihatan turut dijalankan.
Dalam
pada itu juga, Tabung Pendidikan
Kanak-kanak dan Wakaf Muqadam turut dilancarkan. Program Tabung Pendidikan
Kanak-kanak ini merupakan projek pembangunan pendidikan yang direka untuk
membantu kanak-kanak Islam miskin dari Kg Puyu, Satun.
Projek ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah dan
madrasah dengan meningkatkan utiliti mereka dengan menyediakan papan putih,
meja dan kerusi dan dana sebagai gaji guru. Bantuan dari segi sumbangan
Al-Quran dan peralatan pembelajaran turut disumbangkan oleh sebuah Pertubuhan
Bukan Kerajaan(NGO) iaitu pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
Dalam masa yang sama program “Charity for Change” juga telah berjaya mengumpul 100 muqadam dan 50 naskah Al Quran. Muqadam telah diagihkan kepada Masjid Kg Puyu dan Masjid Kg Tanjung Gabus manakala Al Quran dan set uniform persekolahan telah diserahkan kepada Pihak Pengurusan Madrasah Tahfiz untuk diagihkan kepada pelajar.
Menurut Pengarah Program yang juga Presiden CENSERVE Team UIAM, Muhammad Asri bin Ismail berkata,
“Penerimaan penduduk setempat amatlah diluar jangkaan kerana kami
menjangkakan hanya sebilangan penduduk sahaja yang melibatkan diri secara
langsung dan tidak langsung dalam misi ini. Jika dilihat pada hari kedua semasa
Aqiqah dan kenduri diadakan dianggarkan lebih 2000 penduduk daripada berbeza lapisan
umur hadir.”
Misi ini dilihat telah memberi impak yang besar
kepada penduduk kampung dan sukarelawan, sukarelawan yang didedahkan dengan
cabaran merentas laut lepas menggunakan bot nelayan Thailand mungkin merupakan
satu pengalaman berharga kepada setiap sukrelawan dengan keadaan kawasan
sekitar kampung yang serba kekurangan ini sudah cukup memberi kesedaran kepada
sukarelawan yang mana keperluan untuk meraka membantu insan-insan yang lebih
memerlukan.
“Harapan saya selaku pengarah program Global
Ummatic Outreach ke Thailand 2014 adalah misi seperti haruslah tidak hanya
berhenti begitu sahaja dan mesti diteruskan dimasa akan datang. Perbezaan
budaya, adat, bahasa dan latar belakang bukan batu penghalang untuk seorang
mahasiswa mengadakan misi kemanusiaan di dalam dan luar Malaysia.” ujarnya
lagi.