oleh Roslan Rusly
foto// IIUM Today
Satu Memorandum Persefahaman (MoU)
antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan
Chun Cheng (NCCU) Taiwan telah ditandatangani di UIAM Kampus Gombak baru-baru
ini.
Dalam majlis tersebut, UIAM diwakili
oleh Timbalan Rektor(Akademik dan Perancangan), Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Tahir
Md. Azhar serta Timbalan Rektor(Pengantarabangsaan, Jaringan Industri dan
Komuniti) manakala NCCU diwakili oleh Presidennya Dr.Jyh-Yang Wu dan Dekan
Perhubungan Antarabangsa Dr. huey-Ling Amy Shee.
Pemeteraian MoU membawa kedua-dua
universiti untuk bekerjasama dalam beberapa bidang termasuk perkongsian penyelidikan,
pertukaran pelajar dan kakitangan, dan banyak lagi.
MoU yang menjurus ke arah berkongsi pengalaman dan pengetahuan dari kedua-dua
universiti dan memperluaskan sumbangan mereka di peringkat antarabangsa.
UIAM juga dijadikan sebagai
Universiti rujukan mereka kerana NCCU sudah mula mengambil pelajar-pelajar yang
beragama Islam. UIAM akan memberikan mereka panduan serta bertindak sebagai
pakar rujuk.
Menurut presiden NCCU, Dr Jyh Yang Wu,
beliau berkata, “mereka(NCCU) memilih untuk berganding dengan UIAM kerana kejayaan
yang ditunjukkan serta reputasinya bertahan dipentas pendidikan dunia serta
yang amat menarik UIAM mempunyai populasi pelajar yang datang dari 120 buah
negara”.
NCCU merupakan sebuah universiti penyelidikan awam yang terletak di Chiayi, Taiwan.
NCCU merupakan sebuah universiti penyelidikan awam yang terletak di Chiayi, Taiwan.
Ia juga adalah salah sebuah
universiti yang terbaik di Taiwan.
Timbalan Rektor UIAM (Akademik &
Perancangan), Prof Dato 'Dr Md Tahir Md Azhar berkata, “ ini adalah salah
satu peluang yang terbaik dan ia sangat positif untuk kedua-dua universiti
secara khususnya dan pada kedua-dua negara secara amnya.”
No comments:
Post a Comment