oleh Roslan Rusly
foto// Roslan Rusly
Bagi mereka yang gemar mengembara ke luar atau kedalam negara
tidak kira samada atas urusan kerja atau pun tidak pasti merasakan agak sukar
untuk mencari arah kiblat selain menunaikan solat di masjid atau pun surau.
Hasil daripada penelitian, kajian dan termasuk pengalaman
sendiri, penyelidik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) iaitu
Professor Madya Ir. Dr. Ahmad Fadzil Ismail dan Atikah Balqis cuba
menyelesaikan masalah yang sering dihadapi kepada mereka yang sering mengembara
ke merata tempat. Mereka telah mencipta “Penunjuk Arah Kiblat Elektronik”.
Sepanjang kajian dan ciptaan alat tersebut yang memakan masa
selama dua tahun, banyak penambahbaikan yang dijalankan agar alat tersebut
mudah dibawa dan praktikal kepada pengguna.
Menurut Dr. Ahmad Fadzil yang juga Timbalan Dekan Pusat
Pengurusan Penyelidikan(RMC) UIAM berkata, “ketika saya keluar negara atas
urusan kerja, amat sukar untuk saya mencari arah kiblat, walaupun terdapat arah
pandu kiblat yang didalam aplikasi telefon namun kita perlu menggunakan capaian
data yang mana kadar yang dikenakan agak mahal jika diluar negara”.
Pengesan Arah Kiblat Elektronik |
Dengan reka bentuk yang mesra pengguna, alat ini dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah yang sering dihadapi oleh orang islam setiap kali ke luar negara, terutamanya negara bukan Islam.
Dengan menggunakan beberapa ciri didalam Sistem Kedudukan
Global (GPS), peranti ini dapat mengesan arah kiblat dengan tepat sebaik
penggunanya menghalakan bahagian hadapan ke arah tertentu. Peranti ini juga
akan mengeluarkan bunyi dan nyalaan lampu sebaik arah kiblat berjaya dikesan
dan ini memudahkan pengguna menunaikan solat.
Alat ini juga
turut dimanfaat oleh golongan yang cacat penglihatan. “apabila kedudukan
kiblat sudah dikenalpasti, sistem penggera akan mengeluarkan bunyi “beep” dan
ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang cacat penglihatan untuk mengenal
pasti kedudukan arah kiblat walau dimana sahaja mereka berada”. katanya.
Peranti ini
boleh dibawa kemana sahaja dan boleh
i“Ia juga adalah selaras dengan falsafah Universiti yang mana UIAM dapat menyumbangkan sesuatu untuk dunia Islam walaupun kecil tetapi impaknya adalah besar”.ujarnya lagi.
i“Ia juga adalah selaras dengan falsafah Universiti yang mana UIAM dapat menyumbangkan sesuatu untuk dunia Islam walaupun kecil tetapi impaknya adalah besar”.ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment