Oleh Roslan Rusly
foto Mohd Zabidi Hamid
Pasukan
Perahu Naga Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Kampus
Petaling Jaya melakar kejayaan apabila mendapat tempat ketiga dalam ‘Pertandingan
Kayak Dan Perahu Panjang Karnival Sukan Air bersempena dengan penganjuran
Moonson Cup Malaysia 2013 yang berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu
baru-baru ini.
Apa
yang menariknya ialah pasukan ini baru sahaja ditubuhkan pada November 2013 dan
menyertai pertandingan ini dalam kategori “ Agensi Kerajaan”. Pasukan UIAM meraih kejayaan dengan jumlah
masa yang dicatatkan 53.45saat untuk jarak 250meter dan membawa pulang wang
tunai sebanyak RM1000.00. Tempat pertama di sandang oleh Pasukan dari Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan tempat kedua di menangi oleh Pasukan dari
Kementerian Kewangan.
Seramai
22 orang kakitangan UIAM terlibat didalam satu pasukan. Pengurus Pasukan Mohd. Hishamuddin B. Md. Nor beliau berkata walaupun pasukan ini
baru sahaja ditubuhkan namun beliau berasa sangat bangga dengan komitmen serta
semangat setiap anggota pasukan sehingga mendapat meraih kecemerlangan.
Pengurus Pasukan menerima hadiah |
“walaupun hanya berbekalkan lima hari
sahaja membuat latihan sebelum pertandingan bermula, namun kami masih dapat
meraih kejayaan kerana semangat serta iltizam untuk berjaya semakin kuat
ditunjukkan”.
Dengan
kejayaan yang diraih, pasukan Perahu Naga UIAM akan terus berusaha untuk
meningkatkan prestasi pasukan dan juga akan banyak menyertai
pertandingan-pertandingan yang di anjurkan dan apa yang diharapkan pasukan
perahu naga ini dapat mengharumkan nama Universiti dan sekaligus nama negara, ujarnya lagi.
Terdapat empat kategori yang dianjurkan pada pertandingan tersebut iaitu "Kategori Tertutup Terengganu", "Kategori Terbuka Terengganu", "Kategori IPT" dan "Kategori Agensi Kerajaan".
Terdapat empat kategori yang dianjurkan pada pertandingan tersebut iaitu "Kategori Tertutup Terengganu", "Kategori Terbuka Terengganu", "Kategori IPT" dan "Kategori Agensi Kerajaan".
No comments:
Post a Comment