Oleh Roslan Rusly
foto// Prof. Dr. Irwandi
Pensyarah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) , Professor Dr. Irwandi Jaswir
dari Jabatan Kejuruteraan Bioteknologi, terpilih sebagai penerima Habibie Award 2013 untuk bidang
Perubatan dan Bioteknologi, dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang
berlangsung di Jakarta, Selasa, 19 November 2013 baru-baru ini.
Habibie Award
merupakan antara anugerah akademik paling berprestij dan tertua di rantau ini.
Anugerah ini disumbangkan oleh mantan Presiden Indonesia yang juga seorang
saintis terkenal, Bacharuddin Jusuf Habibie, sejak 15 tahun yang lalu.
Setiap
tahun, the Habibie Centre, yayasan
yang dimiliki keluarga Habibie, akan memilih para saintis yang berjasa dalam 5
bidang, iatu Sains Asasi, Kejuruteraan, Perubatan dan Bioteknologi, Ilmu
Sosial, serta Ilmu Budaya.
Bagaimanapun,
demi memenuhi piawaian anugerah ini, ada kalanya anugerah ini tidak ada pemenang.
Penghakiman dilakukan oleh panel yang terdiri dari 25 orang Profesor kanan dan
ulung dalam berbagai bidang.
Irwandi, 42
tahun, yang banyak melakukan penyelidikan yang berkaitan makanan halal dan
kegunaan rumput laut perang untuk kesihatan, seperti bahan ubat untuk penyakit
kanser, anti-inflammatory, dan anti-obesity telah banyak menerima
anugerah diperingkat antarabangsa dan banyak menerbtkan ratusan karya ilmiah.
Beliau juga
pernah menerima anugerah Outstanding Researcher Award di UIAM beberapa kali
serta anugerah Asia Pacific Young Scientist Award pada 2010.
Dalam majlis itu
turut dihadiri oleh para pimpinan Kerajaan Indonesia, tokoh-tokoh akademik,
para perwakilan Kementerian, dan tokoh-tokoh politik.
No comments:
Post a Comment