Tanda Kenangan, Peserta Kembara Khalifah UIAM bergambar sebagai tanda kenangan di Kemboja. |
Sumbangan; CENSERVE
Oleh Roslan Rusly
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini
telah menganjurkan misi kemanusiaan ‘Kembara Khalifah’(journey of khalifah) di
Kemboja selama seminggu daripada 13 Oktober hingga 20 Oktober yang lalu. Program
anjuran Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (Censerve) di bawah Pejabat
Timbalan Rektor (Ehwal Pelajar) UIAM ini bertujuan untuk menyelami kehidupan
masyarakat di sana yang secara tidak langsung melahirkan rasa keinsafan dan
kesyukuran terhadap nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Kembara 8 hari yg disertai oleh 36 sukarelawan termasuk 8 org
pelajar,2 orang kakitangan UIAM dan 2 orang doktor diketuai oleh ketua pegawai
perubatan pusat kesihatan UIAM, Dr. Dinon Mohd.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan
Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Ummatic Mission Resources dan Pusat
Kesihatan dan Kesejahteraan UIAM.
Pelbagai program yang telah dilaksanakan sepanjang berada di sana
antaranya ialah ibadah korban dan aqiqah sebanyak 73 ekor lembu dikorbankan di
Wilayah Battambang yang merangkumi 6 kampung. Projek air bersih dan penyerahan
bantuan pendidikan kanak-kanak muslim kemboja turut dijalankan .Selain itu
antara program yang turut berlangsung semasa misi kali ini ialah program
berkhatan beramai-ramai , aktiviti “play-therapy ” untuk kanak-kanak.
Program berkhatan juga turut dijalankan. |
Sesi berkhatan percuma diadakan selama 2 hari dari pagi
hingga petang. Ia berjaya menarik 120 kanak-kanak yang datang daripada pelbagai
kampung dan ada yang sanggup datang daripada jauh untuk melaksanakan tuntutan
agama ini. yang diketuai oleh Dr. Dinon
Mohd dan Dr Md Soep Sadimon.
Tidak ketinggalan, penyampaian sumbangan pakaian, telekung,
kain sarong dan muqaddam kepada penduduk-penduduk kampung sekitar Battambong
dan Siem Reap. Kehadiran warga UIAM sentiasa disambut baik oleh penduduk kampung
dilawati dan mereka amat menghargai bantuan yang disampaikan.
Majlis penutup misi kemanusiaan ‘Kembara Seorang Khalifah’
ini dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Mizan bin Hitam, Timbalan Rektor hal ehwal
pelajar UIAM.
“Menerusi kembara ini, saya berharap ini bukan kembara
terakhir dan seharusnya berterusan dari segi ukhwah dan sumbangan sebagai amal
jariah antara UIA dan wilayah Battambong. Ia sangat bermanfaat bukan sahaja
terhadap penduduk masyarakat setempat tetapi ia juga memberi pendedahan kepada
sukarelawan-sukarelawan merasai bagaimana kehidupan masyarakat islam di rantau
ini” ujar beliau.
Program ini juga disertai oleh Datuk Azizan Hamid mantan setiausaha
kerajaan negeri Perlis.
Assalamualaikum abang lan? ada masuk paper lagi tak berkenaan program ni?
ReplyDeletewsalam....tungguuuuu!!!
ReplyDelete