Mastura Mohd Rashid(kiri) bersama rakan sukarelawan "The Nasi Lemak Project" |
Oleh Roslan Rusly
pix// The Nasi Lemak Project
Pelajar Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Mastura Mohd Rashid, 24tahun pelajar jurusan Sains Kemanusiaan dalam bidang
Sejarah menerima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali daripada Kedutaan Amerika
Syarikat di Kuala Lumpur atas usaha beliau memberi makan dan membantu untuk
golongan yang kurang bernasib baik.
Pada tahun 2012,
hasil cetusan idea untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik maka
tertubuhlah “The Nasi Lemak Projek”. Menerusi program Dapur Jalanan
projek ini lebih terarah kepada golongan gelandangan dengan mengedarkan makanan
yang berada disekitar bandaraya.
Mastura yang juga
pengasas The Nasi Lemak Project ini ketika ditemui berkata, “Projek Nasi Lemak
ini tidak terikat dengan mana-mana pihak dan inisiatif yang dilakukan
oleh golongan belia sendiri.”
Selain itu juga,
projek ini mendapat kerjasama daripada NGO yang lain seperti dari Kechara Soup kitchen, Pertiwi Soup Kitchen dengan bantuan para
sukarelawan yang rata-rata daripada pelajar UIAM dan rakan-rakan sukarelawan
yang lain dan hampir 300 sukarelawan bertungkus –lumus menggerakkan projek ini.
Projek yang dijalankan ini bukan sahaja berfokus kepada
golongan gelandangan, malah ia juga mempunyai kumpulan sasar iaitu di kawasan luar
bandar dengan mengadakan program kelas percuma setiap minggu untuk anak-anak
miskin bandar yang tidak mampu tuisyen, pencapaian rendah dan tidak mampu
sekolah serta mengadakan pembelajaran secara
intensif dengan membimbing kanak-kanak sekolah mula dari UPSR,PMR dan SPM.
"untuk projek motivasi kami para sukarelawan akan masuk
kekawasan yang penduduknya rata-rata mengamalkan cara bersederhana seperti
kawasan kampung,sekitar rumah flat dan merata tempat".tambahnya lagi.
Anugerah
Kemanusiaan Muhammad Ali
Anugerah
Kemanusiaan Muhammad Ali adalah anugerah yang diberikan Yayasan Ali yang
berpengkalan di Kentucky, Amerika Syarikat.
"pihak kedutaan Amerika ada membuka geran penbiayaan
untuk projek-projek kemanusiaan di bawah Yayasan Muhammad Ali, jadi saya tidak
melepaskan peluang untuk menghantar penyertaan dan Alhamdulillah projek ini
terpilih dan kami mendapat dana sebanyak RM10,000.00 dari pihak kedutaan."ujarnya.
Pihak kedutaan Amerika juga telah mencalonkan "The
Nasi Lemak Project" kerana projek ini mendapat pembiayaan dari pihak
kedutaan sendiri. Setiap kedutaan akan menyediakan geran untuk menjalankan
projek-projek kemanusiaan.
"Saya tidak pernah tahu tentang wujudnya anugerah ini sehinggalah pihak Yayasan Ali menghantar email serta menghubungi
pihak kedutaan Amerika mengesahkan tentang kejayaan ini",katanya lagi.
Mastura akan ke Amerika
Syarikat pada bulan september nanti untuk majlis penganugerahan yang akan
berlangsung di Kentucky, Amerika Syarikat.Semua pembiayaan tiket penerbangan dan
kemudahan disana adalah ditanggung oleh Kedutaan Amerika.
Beliau menambah di samping gembira, beliau juga
tidak pernah menjangkakan akan memenangi anugerah itu.
"The Nasi Lemak Projek"
telah pun didaftarkan di Pertubuhan Pendaftaran Persatuan(R.O.S) di bawah
nama Pertubuhan Kebajikan Sukarelawan Malaysia.
"perasaan saya adalah
amat gembira kerana hasil daripada kerjasama semua pihak serta semangat para sukarelawan
yang terlibat dan ia juga menyuntik semangat kami untuk terus berbakti".,ujarnya lagi.
Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali dinamakan sempena bekas lagenda peninju profesional Amerika dan anugerah ini ialah
untuk menghargai kehebatan orang-orang dari seluruh dunia yang membuat perbezaan
dalam komuniti mereka.
Selain anugerah ini diberikan kepada mereka yang banyak
membuat aktiviti kemanusiaan, Terdapat juga anugerah untuk generasi-generasi
muda yang menunjukkan kesungguhan mengikut Enam Prinsip Teras Anugerah tersebut
antaranya ialah, Keyakinan, Penglibatan, Dedikasi, Sifat memberi, Hormat-menghormati
dan Kerohanian.
Berita Harian 21/7/2014 |
Utusan Malaysia 16/7/2014 |
No comments:
Post a Comment