Wednesday, 2 July 2014

KESELAMATAN WARGA KAMPUS MENJADI KEUTAMAAN


Tan Sri Dr. Rais(tengah) bersama pihak pengurusan melihat kesan kebakaran yang berlaku.

Oleh Roslan Rusly
foto// Roslan Rusly

Gombak, 27 Jun (UIAM) – Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Rais Yatim yang juga Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaanhari ini meluangkan masa lebih kurang satu jam melawat kesan kejadian kebakaran yang berlaku semalam(26 Jun) di Pusat Asasi UIAM, Kampus Petaling Jaya.

Kebakaran yang berlaku hanya melibatkan sebuah bilik stor di asrama lelaki Mahallah Abu Bakar yang menempatkan tilam-tilam dan beberapa perabot lama yang tidak boleh digunakan lagi.

 Dalam lawatan tersebut, Rais juga turut melihat sendiri kemusnahan yang berlaku serta turut mengambil kesempatan berjumpa dengan beberapa pelajar di Mahallah tersebut.

Ketika di temui, Rais berkata, “kerja-kerja pembersihan dan pembaikan akan dijalankan dengan segera serta pihak pengurusan Universiti juga akan memastikan keselamatan para pelajar khususnya dan warga kampus secara keseluruhannya adalah menjadi keutamaan.”

Kejadian kebakaran yang berlaku semalam melibatkan bilik stor aras satu sahaja dan  buat masa ini, penghuni asrama berkenaan tidak dipindahkan ke bangunan lain kerana insiden tersebut tidak menjejaskan bilik penginapan pelajar kecuali mereka yang tinggal di tingkat satu yang akan dipindahkan ke tingkat atas.

"Ibu-bapa tidak perlu risau dengan keadaan anak-anak mereka kerana pihak Universiti sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan yakin bangunan berkenaan masih selamat untuk didiami," ujarnya lagi.

Turut menyertai lawatan tersebut adalah pihak pengurusan Pusat Asasi UIAM serta para pegawai untuk melihat kesan kemusnahan yang berlaku.
                                                                           ###
Utusan Malaysia 28 Jun 2014

PASUKAN IBNU SINA JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA KAKITANGAN UIAM



Pasukan Ibnu Sina juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Kakitangan UIAM 2014

Oleh Roslan Rusly
//foto Samsuri Abdul Jalil

 Hampir sebulan warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) memerah keringat mewakili pasukan masing-masing dalam pelbagai acara sepanjang penganjuran Kejohanan Sukan Antara Kakitangan UIAM yang berlangsung baru-baru ini. Kejohanan ini di anjurkan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi UIAM.

Sebanyak 10 kontigen yang diwakili oleh jabatan-jabatan pentadbiran Universiti. Sebanyak 11 acara sukan dipertandingkan diantaranya ialah bola sepak, sepak takraw, bola baling, bowling, tennis dan sebagainya.

Antara objektif penganjuran kejohanan ini ialah yang merapatkan lagi ukhwah diantara kakitangan serta ia juga sedikit sebanyak dapat melahirkan kakitangan yang sentiasa aktif dalam bersukan. Ia juga adalah sebagai salah satu saringan untuk melihat bakat-bakat sukan yang selama ini terpendam di kalangan kakitangan yang mana boleh mewakili Universiti dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kontigen dari pasukan Ibnu Sina berjaya menjadi juara keseluruhan dengan pungutan pingat sebanyak empat(4) Emas, empat(4) Gangsa dan satu(1) Perak. Pasukan ini berjaya menewaskan sembilan pasukan lain dengan lebihan pungutan pingat emas.

Kontigen Ibnu Sina yang diwakili oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Jabatan Bendahari, Jabatan Pembangunan, Unit Kaunseling, Jabatan Audit, Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Keusahawanan, Unit Zakat dan Bahagian Perkhidmatan dan Makanan.

Monday, 30 June 2014

BUBUR LAMBUK UIAM SEMARAK KEDATANGAN BULAN RAMADAN




Dato Mizan(tengah)bersama-sama menyertai program bubur lambuk
Oleh Roslan Rusly-
 foto//Roslan Rusly
Kedatangan bulan Ramadhan amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Bulan yang menjanjikan beribu ganjaran untuk mereka yang betul-betul menjalankan ibadah di dalam bulan Ramadan ini. Begitu juga untuk warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang bersemangat serta mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan.

Bubur Lambuk adalah sinonim dengan kedatangan bulan Ramadan. Salah satu juadah yang menjadi kemestian setiap kali tiba waktu berbuka. Bagi memeriahkan dan menyambut kehadiran Ramadan, pelbagai program telah di atur dan dirancang dalam usaha untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM Kampus Gombak telah mengadakan program memasak bubur lambuk. Apa yang menarik ialah, program ini dijalankan secara gotong-royong yang melibatkan pelajar dan kakitangan Universiti baru-baru ini.


Pada tahun ini sebanyak lima buah periuk bubur lambuk telah dimasak. 1000 bungkusan bubur lambuk diedarkan kepada warga UIAM pada hari tersebut. Ia adalah sebagai salah satu sambutan kedatangan Ramadan.

Program memasak bubur lambuk ini adalah salah satu program Karnival Masjid yang di anjurkan oleh Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM yang objektif penganjuran karnival ini adalah untuk bersama-sama mengimarahkan dan menyemarakkan lagi sambutan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ybhg. Prof. Dato Dr. Mizan Hitam(Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM), Pengarah Masjid UIAM Dr. Majdan Alias dan Penasihat Undang-Undang UIAM, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Monday, 16 June 2014

UIAM HASILKAN PENUNJUK ARAH KIBLAT ELEKTRONIK




 oleh Roslan Rusly
 foto// Roslan Rusly
Bagi mereka yang gemar mengembara ke luar atau kedalam negara tidak kira samada atas urusan kerja atau pun tidak pasti merasakan agak sukar untuk mencari arah kiblat selain menunaikan solat di masjid atau pun surau.


Hasil daripada penelitian, kajian dan termasuk pengalaman sendiri, penyelidik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) iaitu Professor Madya Ir. Dr. Ahmad Fadzil Ismail dan Atikah Balqis cuba menyelesaikan masalah yang sering dihadapi kepada mereka yang sering mengembara ke merata tempat. Mereka telah mencipta “Penunjuk Arah Kiblat Elektronik”.

Sepanjang kajian dan ciptaan alat tersebut yang memakan masa selama dua tahun, banyak penambahbaikan yang dijalankan agar alat tersebut mudah dibawa dan praktikal kepada pengguna. 



Menurut Dr. Ahmad Fadzil yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan(RMC) UIAM berkata, “ketika saya keluar negara atas urusan kerja, amat sukar untuk saya mencari arah kiblat, walaupun terdapat arah pandu kiblat yang didalam aplikasi telefon namun kita perlu menggunakan capaian data yang mana kadar yang dikenakan agak mahal jika diluar negara”.


Pengesan Arah Kiblat Elektronik

Dengan reka bentuk yang mesra pengguna, alat ini dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah yang sering dihadapi oleh orang islam setiap kali ke luar negara, terutamanya negara bukan Islam.


Dengan menggunakan beberapa ciri didalam Sistem Kedudukan Global (GPS), peranti ini dapat mengesan arah kiblat dengan tepat sebaik penggunanya menghalakan bahagian hadapan ke arah tertentu. Peranti ini juga akan mengeluarkan bunyi dan nyalaan lampu sebaik arah kiblat berjaya dikesan dan ini memudahkan pengguna menunaikan solat.



Alat ini juga turut dimanfaat oleh golongan yang cacat penglihatan. “apabila kedudukan kiblat sudah dikenalpasti, sistem penggera akan mengeluarkan bunyi “beep” dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang cacat penglihatan untuk mengenal pasti kedudukan arah kiblat walau dimana sahaja mereka berada”. katanya.

Peranti ini boleh dibawa kemana sahaja dan boleh
i“Ia juga adalah selaras dengan falsafah Universiti yang mana UIAM dapat menyumbangkan sesuatu untuk dunia Islam walaupun kecil tetapi impaknya adalah besar”.ujarnya lagi.

                                              
                                                ###


Berita Harian 26 Jun 2014