Warga UIAM kampus Petaling Jaya menjalankan program CSR mereka di Zoo Taiping, Perak //foto Roslan Rusly |
Seramai 120 orang kakitangan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dari kampus Petaling Jaya turun padang dan
memerah keringat mereka apabila mengadakan program tanggungjawab sosial
korporat(CSR) mereka bertempat di Zoo Taiping, Perak baru-baru ini.
Haiwan juga makhluk ciptaan Allah dan
perlu dibelai. Hasil dari kesedaran itu,
program ini dijalankan. Kasih sayang kita bukan sahaja diantara manusia
akan tetapi haiwan juga turut dibelai dan disayangi.
Program CSR yang dijalankan pada tahun
ini memberikan sedikit kelainan apabila sebuah Zoo dipilih sebagai lokasi untuk
diadakan program tersebut. Pada
tahun-tahun yang lepas pusat tumpuan program khidmat masyarakat ini lebih
kepada rumah anak-anak yatim, orang tua, surau dan sebagainya. Namun pada tahun
ini Zoo telah dipilih untuk dijadikan lokasi program CSR ini.
Tungkus-lumus |
Para sukarelawan di bahagikan dalam
beberapa kumpulan dan kerja-kerja diagihkan mengikut pegawai zoo yang bertugas.
Mereka juga turut membersihkan kawasan sekitar kandang dan kaki lima sepanjang
laluan pejalan kaki.
Menurut coordinator program, saudara
Ezmil Zulkifli berkata, program ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran
kepada kita sebagai manusia untuk kita lebih dekat dan menyayangi haiwan dan
itu juga dituntut didalam agama kita.
“ Dengan
adanya program sebegini, ia sedikit sebanyak menjadikan kita lebih prihatin dan
dan lebih peka dengan keadaan sekeliling kita dan ia juga dapat mewujudkan rasa
kasih kepada haiwan yang juga makhluk ciptaan Allah.” katanya.
Selain menjadi habitat kepada
1,300 haiwan daripada 180 spesies, zoo itu turut menyajikan keindahan alam
semula jadi yang memukau selain aliran anak sungai, tasik serta kehijauan flora
bersesuaian dengan kedudukannya di kawasan semula jadi iaitu Tasik Taiping yang
berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) kepada pengunjungnya.